Tuesday, 27 November 2012

BABAK 9 : Tak Salah untuk Berubah Demi KEBAIKAN (AURAT, PAKSAAN / TUNTUTAN)


Bismillahhirohmannirohim..
Alhamdulillah kite masih lagi diberi peluang tok bernafas dan melihat bumi ciptaan Allah. Syukur Ya Allah !
Berbalik kepada tjuk di atas,, pada 27/11/2012 bertempat di Masjid Sultan Badlishah (UUM), 9.00-11.00 mlm telah diadakan satu forum tentang AURAT , PAKSAAN ATAU TUNTUTAN?
Ahli panel yang terlibat adalah :
Ustazah Thaniah Sulaiman
Ustaz Haji Mohamad Khadafi Bin Hj Rofie
Aisyah Syakirah Binti Suhaidi
Maksud : Katakanlah kepada wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...    (al-Nuur : 31)
Hadis dari riwayat Darul Qudni dan Albahaiqy, Nabi SAW bersabda : aurat lelaki diantara pusat dan lutut. Apabila tuan menikahkan hambanya (orang gaji) maka janganlah ia melihatkan selain daripada atas pusat dan bawah lututnya.
 Batasan aurat yang perlu kite titikberatkan :
PEREMPUAN :
  • Menunjukkan muka sahaja
  • Melabuhkan tudung menutupi dada
  • Memakai baju yang menutup hingga ke pergelangan tangan
  • Memakai baju longgar dan tidak terlalu ketat
  • Memakai stoking
  • Kesimpulannya : seorang perempuan muslim perlu menutup seluruh anggota tubuh badannya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan

LELAKI
  • Memakai pakaian yang tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk badan
  • menutup aurat di antara pusat ke lutut
Menutup aurat bukan lah sunat, harus, tetapi merupakan perkara WAJIB yang perlu kita patuhi dan kita akan mendapat dosa apabila melanggar nya. Eiqa akui eiqa sendiri bukanlah seorang perempuan yang menutup aurat dengan sempurna tapi eiqa sering berdoa supaya diberi hidayah untuk melakukannya dan InsyaAllah suatu hari nanti eiqa akan berubah. Kita bukanlah diminta untuk berubah secara mendadak n on the spot to change (bukan senang tok berubah dalam sekelip mata tapi tidak mustahil sekiranya kita berubah sedikit demi sedikit untuk kebaikan). Pakaian merupakan lambang hati kita, hati yang baik akan memakai pakaian yang baik sahaja begitu juga sebaliknya. Tidak salah sekiranya kita ingin men'transform'kan diri kita kepada seseorang yang menutup aurat dengan sempurna. Pasti Allah gembira jika kita berubah ke arah kebaikan.

Bagi mereka yang ingin berubah, terdapat langkah / tips yang boleh diikuti untuk menutup aurat dengan sempurna (tips ini dikongsikan oleh Aisyah Syakirah)

  • kita kena ada ilmu tentang apa itu aurat dan apa batasan-batasan aurat yang perlu dipatuhi
  • then, kita kene tahu sape mahram kita, dan sape ajnabi kita
  • next, kita kena sedar bahawa kita ade kewajipan yang perlu dipatuhi (kewajipan tok menutup aurat bagi kes ini)
  • seterusnya, kita perlu menjaga imej agama Islam kita
  • after that, kita perlu berinteraksi dengan cermin (adakah pakaian aku sempurna untuk menutup aurat) setiap kali hendak keluar dari bilik.
  • then, kita kena asingkan pakaian kita (asingkan antara pakaian yang boleh menutup aurat dengan sempurna dengan yang lain)
  • lastly, kita kena ada rasa MALU kepada Allah, kepada Rasullullah, dan kepada orang sekeliling kita

InsyaAllah,, jika kita selalu mempraktikkan tips ini kita akan dapat menutup aurat dengan sempurna.

Selepas kita berubah, kita mestilah ISTIQAMAH untuk terus menutup aurat,, bukan untuk setahun dua,, tapi untuk selama-lamanya InsyaAllah.

InsyaAllah,, dengan perkongsian ini kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. kita mohon kepada Allah agar diberi dan dikurniakan HIDAYAH kepada kita untuk berubah. entry ini tiada kaitan dengan sesiapa dan sekadar ingin berkongsi untuk membuka mata setiap orang,, eiqa akan sentiasa berdoa supaya diberi petunjuk untuk menutup aurat dengan sempurna.. InsyaAllah.. tidak semua orang itu PERFECT..



intsresting??leave your comment ya !

1 00 orang comel sdang komen !:

Mohd Syukri Hassan said...

assalamualaikum.
apakah yang dimaksudkan dengan "Apabila tuan menikahkan hambanya (orang gaji) maka janganlah ia melihatkan selain daripada atas pusat dan bawah lututnya."
harap dapat dijelaskan :)

 
All Right Reserved To Yasmin Is. Full Edit By NabilaMedan.